Wednesday 15 April 2015

USTAZ SADINI SUJAK MANUSIA BIASA, TENTU BANYAK SILAP



Jangan terlalu taksub pada alim ulamak para ustaz dan menganggap semua kata-kata ustaz itu benar kerana ustaz bukan nabi. Hatinya juga ada hasad dengki pada sesama manusia, tidak segan silu mengadu domba  demi meningkatkan keegoan diri  dan kepentingan duniawi......

Berdasarkan kalimat ini, alangkah  ruginya kita berdoa selama ini, kita menangis dalam doa selepas solat tahajud merayu pada Allah. Kerana Apa? kita yakin bahawa Allah maha mengetahui setiap tutur kata dan bahasa, kita yakin Allah itu bersifat maha pengasih dan penyayang. Allah jua yang mencipta manusia dari pelbagai rupa, suku, bangsa, dan bahasa. Jika benar pendapat ustaz hanya manusia berbahasa Arab sahaja yang doanya diterima maka marilah kita ke pejabat pendaftaran beramai-ramai menukar status di kad pengenalan kepada bangsa: arab!! ..... (fikirlah sendiri !)
Kesan dari ungkapan angkuh ini menyebabkan penduduk setempat dan anak-anak wilayah surau 2 tidak mahu belajar Al-Quran  kerana menganggap membaca Al-Quran merugikan.  Tahniah kepada Pengerusi  dan AJK surau 2 kerana berani mengambil tindakan memecat Ustaz Angkuh ini dari terus menyesatkan jemaah Tuan. Jika tidak nasib kelas tuan-puan akan menjadi seperti nasib kelas takmir masjid kg belahan tampok yang akhirnya malap dan berkubur tanpa nisan....



Apa ke bodoh sangat orang-orang kampung tempat ustaz ni sampai pakat ramai-ramai pergi warong, tinggalkan  masjid, waktu khutbah sedang dibaca! Ini kes cerita lucu atau ustaz menipu?Tidak mungkin seorang ustaz menipu !!.




Kesian sangat saya kat penduduk kg ustaz ni. Rupanya ustaz ni boleh nampak syaitan, jin hantu. Apa kata kalau ustaz tubuhkan kelab hantu atau kelab tangkap Syaitan. Molek sangatlah kaalau  pakat  dengan  orang kampong ustaz  tubuhkan pasukan 'ghost buster". Tok sah buang masa Ustaz. Tangkap syaitan, hantu, polong, jembalang dan segala mambang, masukan dalam botol. Jangan asyik menuding jari, menyemai fahaman kebencian sesama penduduk kampong dengan menuduh orang sana sini bela polong, hantu, syaitan, jembalang, santet.....






Agak masjid tu bapak dia punya agaknya ?! eehhh... maaf, terkasar lah pulak bahasa kita.  Masjid tu Ayahnda Ustaz punya ke? Tidak ke sama dengan masjid dan surau lain,rumah Allah. 
Susahnya belajar kat sekolah berhampiran kampong ustaz tinggal, Adik kita kat sekolah nak buat karangan : ...saya sembahyang jumaat di masjid *** ( ops! tak boleh tulis, kena dapatkan kebenaran bertulis pengerusi ) .

Ada orang tanya kita  "Sembahyang  Jumaat kat mana?"  Kita jawab "kat .. ehem! ehem! (tak boleh cakap sebab belum ada kebenaran bertulis pengerusi. terpaksa saya berdehem-dehem macam orang dalam jamban ). Susahnya nak mengikut protokol bila balik kampong, apa lagi duduk sana. Dulu  masa kami kecil, masjid buruk tak susah macam ni....



Menghela nafas panjang saya sebaik mendengar kisah Pak Ustaz ni. Rupanya dia merasa dirinya  terlalu hebat, setaraf waliullah (kalaupun tidak sebanding Rasul dan nabi). Saya termenung mengingati sirah Rasulullah kalah perang, patah gigi dalam perang, kena lempar batu dan najis. Tetapi ustaz ni kebal dari siksaan dan ujian Allah, kalau ada musibah  mesti berpunca dari orang lain. Cuba  Pak Ustaz semak2 kata-kata lisan Pak Ustaz (maaflah kalau silap...) 

Pak Ustaz ada mohon  dan ambil BR1M tak? BR1M tu untuk orang berpendapatan 3,000 dolar Brunei ustaz! eh... eh maaf!!  BR1M tu untuk orang miskin, melarat, merempat, daif, susah, hina dina, tak berkemampuan, tak ada hasil lain dan berpendapatan rendah bawah jumlah  3,000 Ringgit Malaysia Ustaz! 

Ustaz ada daftarkan  bonda Ustaz untuk ambil Bantuan Krebajikan Masyarakat tak Ustaz ? Apa ke jadahnya orang memiliki kebun berhektar-hektar, anak beranak gaji beribu ringgit sanggup di perakui oleh anak sebagai miskin tegar @ miskin, melarat, merempat, daif, susah, hina dina, tak berkemampuan, tak ada hasil lain dan berpendapatan rendah bawah paras kemiskinan sampai sanggup dimintakan bantuan kebajikan masyarakat!!!! ( Geram betul  muslimah PAS dengar cerita ustaz ni )

Ustaz ada bahagi-bahagi duit Masjid untuk  AJK yang menghadiri  mesyuarat jawatankuasa masjid tak? Berapa nilai ringgit belanja makan AJK  Masjid setiap kali mesyuarat khas dan mesyuarat AJK ? Ada makan duit amal jariah orang yang diamanahkan pada anak-anak tahfiz tidak? Ada makan persen  duit jualan jam digital masjid tidak ? 
Kalau ustaz lupa cerita tu saya tuliskan alamat URL nya. Kita boleh baca sama-sama :  
http://zuljohar.blogspot.com/2015/01/atan-kebas-jam-digital-waktu-solat.html

Saya menyeru tuan-tuan, Puan-puan dan diri saya sendiri " Mari kita sama-sama muhasabah diri, cermin diri, kita tengok kesilapan dan salah kita. Kita istigfar, mohon keampunan dari Allah..." Eh ni macam ayat ustaz ni. Maaf ustaz saya terpakai ayat ini tanpa minta kebenaran ustaz!.








2 comments:

  1. Ilmu tinggi dari Timur Tengah tetapi tiada pengalaman 'berdakwah dengan hikmah' seperti Rasulullah...

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan sempat bertaubat sebelum mati.. .

    ReplyDelete